Tuesday, 6 August 2013

Adab-adab Meraihkan Aidilfitri

ADAB MERAIHKAN AIDILFITRI



Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah...Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam kerana dengan limpah kurnia nikmat dan keizinanNya kita telah hampir sampai ke penghujung Ramadhan... 

Sebulan kita menjalani ibadat puasa,terawih,zakat dan sebagainya..maka 1syawal adalah saat meraihkan kemenangan bagi umat islam bakal tiba.

Sebagai hadiah kemenangan orang-orang Islam dalam perjuangan mengengkang hawa nafsu di bulan Ramadhan Allah SWT membalasnya dengan satu hari yang dinamakan aidilfitri atau Hari Raya 
Fitrah, dimana Allah Subhanahu wa Ta'ala menghalalkan mereka berbuka puasa dan mengharamkan berpuasa pada hari tersebut. 

Namun bagaimanakah kita meraihkan hari kemenangan ini??

Apakah adab-adab dan perkara-perkara sunat yang dilakukan ketika menyambut kedatangan Hari Raya? 

Di antara adab-adab dan perkara-perkara sunat yang telah digariskan oleh Syara' untuk kita melakukannya ialah :-

1. BERDOA DI MALAM RAYA/MALAM TAKBIR

Al-Imam Al-Syafie Rahimahullahu Ta'ala telah menegaskan bahawa 
malam Hari Raya itu adalah di antara malam-malam yang mudah 
diperkenankan doa, sesungguhnya doa itu sungguh mustajab pada lima 
malam; malam Jumaat, malam Hari Raya Adha, malam Hari Raya 
Fitrah, awal malam Rajab dan malam Nisfu Sya'ban. 

Riwayat di dalam Kitab Syuabul Iman
Dari Ibn Umar beliau berkata: Lima malam tidak akan ditolak doa permintaan. Malam Jumaat, malam pertama dari Rejab, malam nisfu Syaaban dan dua malam raya (Aidilfitri dan Aidiladha)

2. BERTAKBIR SEPANJANG MALAM SEHINGGA SEBELUM SOLAT SUNAT AIDILFITRI

Kemeriahan Hari Raya lebih dirasai apabila laungan takbir bergema. 
Namun begitu, tidak bermakna takbir itu semata-mata untuk 
memeriahkan suasana tetapi lebih dari itu, ianya lebih bersifat untuk 
melahirkan rasa kesyukuran dan mengagungkan Allah Subhanahu wa 
Ta'ala. Allah memerintahkan kepada kita mengakui akan kebesaran dan 
keagunganNya dengan mengucapkan takbir. 

3. MANDI SUNAT AIDILFITRI

Di pagi Hari Raya pula disunatkan mandi kerana Hari Raya 
sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibnu 'Abbas bahawa Rasulullah 
Shallallahu 'alaihi wasallam melakukan mandi pada Hari Raya Fitrah 
dan Hari Raya Adh

4. MEMAKAI PAKAIAN YANG TERBAIK,MEMAKAI WANGI-WANGIAN

Di samping itu disunatkan juga memakai pakaian yang sebagusbagusnya, memakai harum-haruman dan menghilangkan segala baubau yang tidak elok. Tidak kira sama ada orang itu hendak keluar pergi 
ke masjid untuk menunaikan sembahyang Hari Raya ataupun duduk 
sahaja di rumah, kerana hari tersebut merupakan hari untuk berhiashias dan berelok-elok 

5. MAKAN TERLEBIH DAHULU (Sekurang-kurangnya memakan buah
 kurma dalam bilangan ganjil)

Sebelum keluar pergi ke masjid untuk menunaikan sembahyang sunat 
Hari Raya Fitrah disunatkan makan dan minum terlebih dahulu kerana 
mengikut apa yang dilakukan oleh Rasulullah Shallallahu 'alaihi 
wasallam sebagaimana yang diriwayatkan daripada Anas Radhiallahu 
'anhu, beliau berkata: 
Maksudnya: "Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam tidak keluar pada waktu 
pagi Hari Raya Fitrah sehingga Baginda makan (terlebih dahulu) 
beberapa biji tamar dan Baginda memakannya dalam bilangan ganjil." 
(Hadits riwayat Al-Bukhari dan Ahmad) 

6. MENGUCAPKAN TAHNIAH

Selain itu, Hari Raya merupakan hari kemenangan dan kegembiraan, 
maka sebab itu disunatkan bagi sesama muslim saling mengucapkan 
tahniah antara satu sama lain dengan mengucapkan: 
Ertinya: "Semoga Allah menerima daripada kita dan menerimaNya 
daripada awak." 



7. ZIARAH MENZIARAHI

Manakala itu pula, amalan saling ziarah menziarahi rumah terutama 
sekali saudara mara terdekat dan sahabat handai merupakan suatu 
tradisi yang sentiasa diamalkan ketika menyambut Hari Raya. Amalan 
ini juga sebenarnya termasuk di dalam perkara yang digemari dan 
disyariatkan di dalam Islam. 

8. TETAP MENJAGA DISIPLIN SEBAGAI SEORANG ISLAM YANG BERIMAN

Dalam keghairahan menyambut Hari Raya, perlu diingat jangan sekalikali sampai lupa kewajipan kita kepada Allah Ta'ala iaitu mendirikan 
sembahyang fardhu, dan kerana terlalu seronok jangan pula adanya 
berlaku perlanggaran batasan-batasan agama. 
Apa yang di harapkan daripada sambutan Hari Raya sebenarnya 
bukannya semata-mata kegembiraan atau keseronokan tetapi yang 
lebih penting dan lebih utama lagi ialah mendapatkan keberkatan dan 
keredhaan Allah Subhanahu wa Ta'ala. Semoga kita semuanya 
mendapat keberkatan dan keredhaan Allah Subhanahu wa Ta'ala
kerana menghidupkan, membesarkan dan mengagungkan Hari Raya 
Aidilfiri.


Template by:
Free Blog Templates